BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 1 January 2009

HAPPY NEW YEAR

Sempena menyambut tahun baru aku ucapkan selamat tahun baru pada semua yang melayari blog 'DIARI PERANTAUAN'...Selamat tahun baru pada semua kawan-kawan baik di Dubai mahu pun yang berada di Malaysia..pada keluarga dan sanak saudara...Kita tinggalkan segala peristiwa sepanjang tahun 2008...dan kini kita mula kan perjalanan baru untuk menempuh tahun 2009...
muga kedatangan tahun baru mematangkan kita semua...Insyaallah...

Dubai...
Sepanjang 6 bulan berada disini...berbagai peristiwa pahit manis telah aku alami...berjauhan dari keluarga,sanak saudara dan kawan-kawan mengajar aku erti tabah, erti berdikari, setia kawan, tugasan kerja, tanggungjawab dan macam-macam lagi yang mana sedikit sebanyak telah mematangkan aku dalam menempuh perjalanan di perantauan...

Malam terakhir di tahun 2008...
Seperti biasa...kebiasaannya selepas kerja...aku dan kawan-kawan di dubai ni akan berkumpul, berborak-borak, bersiar-siar menghilangkan rasa penat bekerja...makan-makan, minum-minum dah menjadi rutin harian bersama rakan-rakan...apa lagi yang boleh di lakukan disini...hanya rakan-rakan sekerja lah yang menceriakan keadaan...berbagai-bagai topik di borak kan...gelak ketawa, kutuk mengutuk dah menjadi rempah ratus dalam perbualan...semuanya ini menambahkan keakraban dan mengajar erti setiakawan...
Seperti biasa yang menjadi topik perbualan pada malam terakhir ni ialah kemana arah tuju untuk esok harinya...Sempena cuti new year...bercadang nak ke Oman...tapi rancangan tu terbatal dek kerana sukar nak dapatkan khidmat bas...Oleh itu tak tau hala tuju untuk memenuhi cuti esoknya...mungkin di sekitar dubai je la...

Menunggu pesanan...Senan, Fadzli & Ishak

Inilah pesanan yang menjadi kegemaran kita
semua di sini...Lamb Chop...kambing bakar
yang rasanya jauh berbeza berbanding
di tempat kita...rasanya enak dan sebanyak
mana makan sekali pun tak memeningkan kepala...
itu lah keistimewaan nya...

Sedang menjamu selera...Sopian, Moon, Najdi,
Senan dan Fazdli

Kehadiran sepasang suami isteri ni mengamatkan
lagi keadaan...Hisham & isterinya

Senan...bak aku air...tercekik la...tu la
melantak tak ingat dunia...al maklum la...kesedapan...

Selesai...macam tak caya...makanan yang penuh
semeja sekejapan je habis...Anyway thanks to Razali
coz open table untuk kita orang...Happy Birthday Zali...
Zali(birthday boy), yani, haddy & razali

Tu dia...selamattt...tinggal tulang je...
tapi memang best kambing bakar kat kedai ni
AL WAQAS RESTAURANT

Kekenyangan...bersantai di luar Carefour..
Dah makan shopping...Dah penat lepak...

Senan, yani, roslee, Moon...semuanya lepak dan
borak sampai dinihari...masih tak tahu nak kemana...
rancangan ke Oman dah sah terbatal...

Jam dah menunjukkan hampir pukul 1 pagi menandakan dah bermula tahun 2009...
maka bermula lah era baru, azam baru...borak, makan dan lepak mengakhiri tahun 2008...
Walaupun rancangan ke Oman terbatal tapi pada riak wajah masing-masing menunjukan rasa kepuasan yang tak terhingga....
Esok...menanti dengan segala berkemungkinan.. mungkin ada rancangan untuk kemana esoknya
bagi memenuhi hari cuti...

HAPPY NEW YEAR...SELAMAT TAHUN BARU

0 comments: