BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 9 June 2010

Search : Andai Ku Miliki Semalam (HQ Audio)

Amy Search : Suatu Masa

Amy Search - Sejuta Wajah

Amy Search - Ku Di Halaman Rindu

Amy Search - Srikandi Cintaku

Wednesday 30 September 2009

eid mubarak with family @ dubai

Eid Mubarak datang lagi...tapi aku masih disini...tahun kedua
menyambutnya di perantauan jauh dari ibubapa,sanak saudara
& sahabat handai...tapi kali ni aku menyambutnya dengan
kegembiraan kerana anak isteri ku berada disisi...kalau tahun
sebelumnya aku tak dapat merasa ciuman kemaafan dari isteri
dan anak-anak tapi kali ni aku merasanya...dengan penuh keiklasan
isteri mengucup tangan memohon ampun dan maaf dan disertai
dengan putera puteri ku...ahh..sememangnya eid mubarak
kali ni begitu bermakna sekali...cuma aku masih terkilan kerana
untuk kedua kalinya aku tak dapat mencium tangan kedua ibubapaku..
aku merindui saat-saat berkumpul bersama ibubapa dan adik beradik..
kesabaran dan ketabahan menguatkan aku agar bertahan untuk musim yang
terakhir..aku dah tak sanggup lagi...musim depan akan ku melutut mencium
tangan kedua ibubapa ku memohon ampun maaf di pagi syawal...insyaallah..

sekitar photo beraya di dubai bersama rakan sekerja...

Saat indah beraya bersama isteri diperantauan...

wajah-wajah keriangan para perantau...senyum dalam duka...
apa-apa pun beraya di tanahair sendiri lagi bermakna..
terasa kehadirannya...


raya ke2...office dinner at Atlantis Hotel, Palm Jumeirah

tersergam indah Atlantis Hotel..

boss besar... Mr. Teo Ah King (TAK)

moon...1st place single dreses

sairie & sohaimi..3rd place single dreses

2nd place..group menari tradisional..

sharifah,aisah,ain & det...

1st & 2nd place..bergambar bersama filipina group..

aku dan benut(fadzil)

moon dan zali...

saat penuh bermakna...aku dan family di tempat ke 3
best couple dreses..tak pernah bermimpi untuk berada di
pentas bersama family menerima hadiah apatah lagi di
dalam ballroom di Atlantis Hotel..Dubai..saat paling indah
kurasakan..berbaloi berpakaian sedondon.. Green Family...

2nd & 3rd place(aku le tu..tempat ke 3 je)

menerima hadiah dari consulat jeneral..dubai..

bergambar dengan consulat jeneral...

isteri dan anak-anak

puteri ku yang bongsu..jadi tumpuan
pengadil pertandingan..

senyum kepuasan...

the green family...sedondon..rasanya tu pasal dapat tempat ke 3...

putera puteri ku...

wajah kesayangan hamba...


disamping isteri tercinta...

puteraku...alif danial

puteri bongsu...ainin sofiya

suka sangat tengok telatah dia...petah bercakap...

salam di pagi raya...hehehe tersipu malu..

puteri ke2..aliaa maisarah...mmm..sensitif orang nya...

1st time in my life..beraya bersama family di perantauan...dubai...

family photo

hari terakhir puasa..semua keletihan dan kehausan..
pasalnya tak biasa dengan cuaca panas di dubai...


berada di dalam bot dari abra menuju ke naif

ini la dia rupa dubainya..biasa je..

bergambar kenangan di Dubai Mall berlatarbelakangkan
Burj Dubai

pemandangan di luar persekitaran Dubai Mall

berkongsi kegembiraan bersama isteri dan anak-anak..
ronda sekitar dubai...


di dubai aquarium at dubai mall

penat...rehat kejap...

di burjuman shopping mall

saat yang amat dinanti-nantikan anak-anak..
nak merasa suasana salji...padahal salji palsu je..
tapi ok la kalau nak di banding kan yang kat genting higland tu...

aliaa maisarah mencuba bermain gelongsor..

buaian ni je le yang berani dicuba puteri bongsu ku..

50aed per person...buaian snow ski...

belum apa-apa dah mengigil kesejukan...

-4 darjah celcius...lama duk kat dalam naik biru tangan...
kebas habis...

bestnya...seronok anak-anak aku dapat holiday dengan abah
dia orang...aku lagi le seronok maklum la dah lama tak
berholiday bersama-sama...