BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 31 March 2009

SARJAH

Kali ni...kami seperti biasa bertiga...ke destinasi Sarjah..saja ronda-ronda menghilangkan tekanan ditempat kerja sempena cuti hujung minggu...kali kedua aku kesini selepas reunion dengan member-member ex-NRY tempohari...tempatnya memang menarik...tenang dan damai
rasa relax bila berada disini berbanding dubai...jua tempat ni menjadi kegemaran warga arab bersantai bersama family...kami bertiga ke Sarjah menaiki bas 2 tingkat yang sememangnya teringin sangat nak merasai suasana berada didalamnya...tapi seperti biasa lah...dah semestinya dipenuhi oleh warga bangla dan india...terasa berada di negara mereka pulak...bau-bauan jangan cakap la....pehhh...semerbak...tapi apa boleh buat,sekadar nak cuba merasainya...

bersama yani

tempat warga india,pakistan dan bangla bersantai...selamba je
lepak kat tengah padang tak hiraukan panas terik...tak faham..
tak faham..tapi itu la realitinya...dah jadi satu kebiasaan...

Centre Souk Sarjah...

tenang dan damai...cantik pemandangan berlatar belakangkan
landmark Sarjah..

tenang...


sejuk mata memandang...tempat beriadah yang teramatlah
besarnya...menjadi kegemaran warga arab bersantai..

salah satu kedai di Central Souk...apa lagi yani..tergoda la
bila tengok kain-kain disini...cantik dan harga berpatutan..

stesen bas sarjah

control macho..najdi...dia ni suka berjalan...asal hari minggu
je mesti ajak ronda-ronda..sorang-sorang pun boleh layan...

tertarik dengan iklan Halal to the bone...

gaya spontan..terover la pulak...siap melompat...


aku cukup tertarik dengan bangunan bercermin biru tu...
terpesona sekejap...

menuju ke masjid untuk bersolat maghrib...suasana hening
dan damai sekali...
pemandangan di waktu senja...

pantulan cahaya lampu memainkan peranan penting,
mengindahkan lagi masjid yang sememangnya dah indah tu...

destinasi tamat...meneruskan perjalanan pulang ke dubai..
ternoktah satu lagi kenangan di Sarjah...


0 comments: