Hari minggu...kebiasaannya, kami akan meluangkan masa dengan bersiar-siar...kali ini destinasi ke Dubai Mall...Shopping Complex terbesar kat dubai ni yang baru beberapa bulan dibuka...dan untuk pertama kalinya kami ke sini...Terletak berhampiran bangunan Burj Dubai yang tertinggi didunia..
Wednesday, 11 February 2009
DUBAI MALL
Posted by romzikhalid at 10:47 0 comments
Labels: d.u.b.a.i m.a.l.l
Friday, 6 February 2009
TAK DINNER CHINESE NEW YEAR
Sempena menyambut Tahun Baru Cina...bertempat di Metropolitan Hotel,Dubai...TAK mengadakan jamuan makan malam meraikan kakitangannya...Ang pow aed 2k menjadi habuan setiap staff yang hadir...berbaloi juga la menghadirkan diri...dan sememangnya itu lah yang diharap-harapkan dari kami semua...sekurang-kurangnya terubat la sedikit perasaan gundah gulana memikirkan bebanan kerja yang bertimbun-timbun...
Dikesempatan ini lah aku mengabadikan secebis rasa keriangan bila dapat berkumpul bersama-sama..dan dengan keakraban yang sedia terjalin di antara kami ini sekurang-kurangnya dapat menghilangkan rasa tekanan kerja dan rasa kerinduan pada tanahair...
walaupun cuma sekadar imbuhan...syukur alhamdullilah...
kairul, mamat, sairie, saripah, mazlina dan ezlin
masing-masing bila bergambar mesti senyum..paham-paham
je la...roslie dah mula terbayang apa yang
nak di shopping besoknya...manakala Senan pula terada extra
pulak memandangkan esoknya nak balik malaysia bercuti...
Seperti biasa...setiap kali ada function mesti ada game...kali ni bersempena tahun lembu..penganjur mengadakan acara memterjemahkan seekor lembu dengan barang-barang yang telah disediakan...dengan kretiviti masing-masing maka tercetus la kegamatan dan kelucuan mengejar masa singkat yang diberikan penganjur.
sopian, yani, zabidi dan fadzli dapat menterjemahkan nya
dengan sebaik mungkin...tahniah...
ada macam lembu tak? macam alien je...
dapat le juga no.3
inilah kacukan lembu dan kambing...'lembing'...
ini la lembu group aku...balik tangan kosong daa...
Posted by romzikhalid at 11:30 0 comments